Antara tempat yang menjadi kebanggaan Terengganu
Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan negeri Terengganu. Asal nama Terengganu dikaitkan dengan antaranya 'Terangnya ganu', 'Taring anu', 'Terengan nu'. Kisah asal Terengganu ini melibatkan penduduk di luar Terengganu iaitu penduduk Kelantan dan Pahang. 'Terengnya ganu' ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelayar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. mereka pun menyatakan 'Teren sungguh ganu di sini'. Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh 'terang ganunya'.
Sementara itu 'Taring anu' dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang ke-9, Baginda Omar (1839-1876). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat (kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati), salah seorang daripada rombongan itu menjumpai sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa ? Salah seorang daripadanya menyatakan 'taring anu' kerana ia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, diantara mereka dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di 'Taring anu'. Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di 'Taring anu'. Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.
Sebuah lagi kisah dikaitkan dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulang-alik menggunakan kedua-dua sungai ini. Jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan sama ada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak kemana, mereka akan menjawab sama ada ke 'Terengan ni' atau 'Terengan nu'. Dengan itu, lama kelamaan muncul lah Terengganu.
Setakat ini tidak dapat dipastikan tarikh atau tahun dari mana kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu tercatat tahun Hijarah 702, bersamaan 1303. Tahun ini dipersetujui setakat ini tercatat di Batu Bersurat dan bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun tersebut.
Dengan itu, agama Islam telah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1303. Perkembangna Islam di Terengganu sebelum tahun tersebut membolehkan penulis Batu Bersurat menulis jawi dan golongan tertentu di Terengganu boleh membaca jawi. Satu perkara yang menarik di sini, Terengganu adalah negeri terawal di Malaysia mengkanunkan undang-undang Islam.
Dalam pada itu, terdapat bukti pada kurun ke-16, Sharif Muhammad Al-Baghdadi sudah berada di Kulala Berang. Kehadiran beliau ini sudah pasti ada kaitan dengan agama Islam dan perdagangan. Beliau meninggal dunia di Batu Belah, Kuala Berang. Keturunan beliau, Abdul Malik bin Abdullah ( dikenali sebagai Tuk Pulau Manis) meneruskan kegiatan keagamaan di Terengganu. Setlah kira-kira menuntut 10 tahun di Mekah dan Madinah, disekitar tahun 1690Abdul Malik pulang ke Terngganu dan mengajar ilmu agama di Kuala Berang.
Masjid Kristal dan pantainya yang cantik merupakan salah sebuah mercu di Terengganu
Sumber : - Google
No comments:
Post a Comment